MENCARI JATI DIRI
maths, maths, maths argghhhh. aku takbole. sungguh kalau aku diberi pilihan, aku akan lebih memilih duduk di rumah dan mempelajari ilmu agama daripada memegang kalkulator dan memicit punat nombor. taksuka! suatu ketika...
"mak, rini ingat lepas PMR, nak masuk madrasah"
"kat mana?"
"masih mencari"
"kau dah tanya ayah kau?""belum"
"rini, mak tak kesah kau nak belajar kat mana pun, tapi mak bukan ketua keluarga"
arghh, balik-balik jawapan sama je. aku bukan taknak tanya ayah, tapi belum tiba masa yg sesuai. aku dah penat dah pilih ilmu dunia, aku nak jugak ilmu akhirat. tak cukup lagi ke dulu mak dengan ayah pernah halang aku belajar di asrama agama? cukuplah. aku pun ada hak. tak kira, aku akan perjuangkan jugak utk capai ilmu Allah.
=======================================================
NIQABIS?
ya, aku belum istiqamah dalam berniqab. mcm mana? sekolah mane kasi pakai niqab. keluarga pun tak sepenuhnya terima. satu lagi bende baik aku tak berkesempatan utk istiqamah. :( dan... kawan-kawan aku suka tanya, kenapa aku berniqab? seolah-olah mempersendakan. T_T ah, aku peduli apa, Allah punya pasal, kau sape nak goyahkan niat aku. but somehow.....yeah. aku lemah. T_T aku rase seolah olah dunia ni tiada ruang utk aku. la tahzan azrini, la tahzan!!!
========================================================
DIA TEMPATKU MENGADU
Allah itu tuhanku dan Muhammad itu rasulku. ya, bukan azrini namanya jika dia sedikit pun tidak tertarik dengan ilmu agama. bila aku terlepas satu je majlis ilmu, apelagi yg aku bole buat? menangis, menangis, menangis T_T aku rasa berdosa,berdosa yg amat. tapi apa yg mampu aku buat, lututku jatuh ke tanah, tanganku tertadah, ya Allah sampai bila aku harus terkejar-kejar dengan ilmumu kesana dan kemari tanpa tujuan yg jelas? sampai bila aku herus keluar rumah sejauhnya utk menggapai ilmumu tanpa imam yg jelas? sampai bila aku harus menolak ilmumu apabila berhadapan dengan musuh-musuh yg memerangi ilmumu? tidak ya Allah, tidak....dtglah segala mcm musibah, agamamu takkan pernah aku tinggalkan. datanglah penentang sehebat mana melontarkan hujah-hujah palsu ilmu agamamu akan ku genggam erat. jadi engkau perkuatkanlah niatku utk mempelajari ilmu agamamu dengan imam yg jelas dan bukakan pintu hati ibubapaku utk mengizinkan aku pergi mengejar ilmu agamamu. T___T cukup, esakan aku semakin kuat, aku lemah, sungguh tak kuat. usap hatiku usap... "sobran, sobran" . kemudian kembali tenang.
=====================================================
AKU LEBIH MEMILIH YANG ESA
Ayah pulang dengan gembira sekali, ayah dah beli teksi baru, Alhamdulillah dapat kerja tetap sebagai driver teksi. malam tu ayah buat kenduri siket sebagai tanda syukur. malam tu jugak la... kringggggg! telefonku berdering dan.....
"hello, assalamualaikum"
"wa'alaikumussalam, malam ni mak njang nak pegi damansara damai ade kuliah ustaz ape ni nama dia entahla, kau siap-siap la, mak njang tunggu kat depan surau, cepat tau"
yess! aku teruja! inilah masanya, detik hatiku. aku terus bersiap-siap dan setelah itu....
"rini kau nak kemana?"
"kuliah kat damai"
"takpayah pegi"
"tapi kenapa?"
"kau takpayah sebok-sebok nk ikut org pegi kuliah sane sini, kau tu kecik lagi, ni utk org besar-besar je"
aku terus berlari ke bilik dan aku menangis semahu-mahunya. aku duduk di birai katil. aku hanya minta izin utk pegi menghadiri majlis kuliah, bukan mintk pegi shopping, berfoya-foya tanpa arah tujuan, kenapa mesti tak izinkan? esak, esak dan esak ... aku mengambil telefon dan menaip...
"mak njang, ayah tak kasi pegi, maafkan saya"
message sent.
namun aku tak putus asa, aku keluar utk mencari ketenangan, aku pergi ke surau. namun di surau aku menangis, menangis dan menangis. aku malu, aku berlalu ke bilik wudu', aku masih menangis.
"dahlah tu, kau kene kuat"
"aku tak kuat"
"aku pun penah lalui, cuma masalah kita berbeza"
"kau tak berada di tempatku"
"tapi kesakitan kau, aku rasakan"
"tak, hanya Allah yg tau apa seorg budak ni rasa apabila dia dihalang utk berada dalam jemaah yg mendengarkan ilmu"
"tapi...."
"cukup"
pulangnya dari surau aku terus ke bilik, walaupun ada saudara-maraku di luar, tu pun diorang dah nak balik. lepas diorang balik, doooommmm!!!!! masya Allah, ayah tolak pintu bilik dengan kuat sekali. aku tersentak~ lalu, apakah lagi yg akan terjadi?
"kau pegi mana?"
"surau"
"kenapa kau tinggalkan saudara-mara kau dan lebih memilih surau?"
SEBAB AKU INGIN MENCARI KETENANGAN SAAT HATI INI TERPUKUL DENGAN UCAPAN YANG KELUAR DARI MULUT AYAH DAN JIKA AKU DIBERI PILIHAN KELUARGA ATAU RUMAH ALLAH, TANPA BERFIKIR PANJANG, AKU AKAN LEBIH MEMILIH BAITULLAH!!! :'( namun aku hanya mampu jawab di hati sahaja. mana mungkin aku berani melawan ayah mcm tu, yg aku mampu hanya membelakangi ayah dan menangis, dan menangis, dan menangis lagi dan lagi. T____T
"mulai sekarang kau jangan pegi mana-mana kuliah lagi"
"kenapa benda baik ayah selalu halang?"
"memang la benda baik, tapi ayah tak suka sampai kau ketepikan keluarga"
aku? masih menangis.. jadi lepas ni aku takbole hadiri mana-mana majlis kuliah? tidak...aku tak sanggup...aku sangat merindukan ilmu Allah. sangat-sangat, apakah salahku sehingga takbole mendengarkan ilmu-ilmu Allah yg disampaikan dari mulut-mulut org yg berilmu. T_____T aku rindukan ilmu Allah dan rasulnya, sangat rindukannya.......


.jpg)

No comments:
Post a Comment