Saturday, 24 November 2012

Usaha, Allah pasti beri kejayaan.
                                      

Aku telah buat keputusan untuk tak jejakkan kaki lagi ke ma'had. Taknak terima malu untuk second time. so, aku decide untuk teruskan di SMK macam yang ayah harapkan. Dan dalam fikiranku, aku taknak tunggu keputusan dari pihak ma'had sama ada aku diterima atau ditolak, sebab aku sendiri dah yakin yang aku tak akan diterima. Ujian haritu sangat susah. Redha apa jua keputusan dari pihak ma'had.

Few days later.
handphone berdering ~
Aku capai dan.

"Hello Assalamualaikum?"
"Wa'alaikumussalam, azrin. untazah ni. boleh cakap tak? mak ayah ada di situ?"
"Boleh, cakaplah. tak ada, saya ada dalam bilik sorang."
"Azrin, macam ni. keputusan ujian tilawah dan hafazan Azrini dapat mumtaz, penulisan tu kurang la sebab Azrin takde asas bahasa arab kan. Jadi Azrin diterima. Suami ada bincang masa mesyuarat tadi, ustazah tengok kesungguhan Azrin, ustazah rasa mcm tertarik untuk menolong Azrin. Pengetua izinkan Azrin untuk teruskan di tingkatan 4. tak perlu turun tingkatan. Kami masukkan Azrin dalam aliran tahfiz science."
"Macam mana dengan bahasa arab saya? basic kan tak ada, mcm mana nak sambung belajar ke tingkatan 4"
"Takpe, Azrin akan diajar bahasa arab tinggi, cuma Azrin takbole nak komunikasi dengan orang dalam bahasa arab la, sebab asas Azrin takde."
"Oh, entahlah, saya kena tanya ayah semula ustazah pun tau kan ayah saya mcm mana."
"Azrin, ustazah nak tolong kamu, ustazah tahu ayah kamu taksuka kamu di sini, dengan masalah kewangan lagi kan. Tapi takpe, cuba bawa ayah ke sini lagi 24 haribulan ni, pengetua nak jumpa. Kami di sini sedang cuba nak beri kefahaman pada ayah. Azrin pun banyakkan doa yaa."

Aku? terharu, sebak, menangis. Sampai macam tu sekali ke nak tolong aku. T_T Aku masuk bilik bagitau mak apa yang ustazah sampaikan tadi. Dan.. mak nangis. laaaaa jugak ke?. :3

Aku ada masa seminggu je untuk bagitau ayah tentang perjumpaan 24 haribulan akan datang. Masa semakin berlalu, hari berganti hari. Aku masih tak berani nak bagitau. Allah macam mana ni. Esoknya dah 24 haribulan, dah malam , ayah masih tak balik-balik. nervous!

Dah lewat, aku penat tunggu, dah ngantok dah pun. Aku terus menuju ke bilik. Setelah berwudhu' apa semua, then baring. Sempat pula aku menadah tangan.

"Ya Allah jika benar aku masih diberi peluang untuk belajar di ma'had, esok pagi berilah aku ruang untuk berbicara dengan ayah" Ameen. Tido.

Esok pagi bangun. usai solat subuh, mak dan ayah tak bangun lagi. Aku terlalu ngantok, takbole tunggu, aku tido balik. Tiba-tiba ..

"rini, rini, bangun. nak pegi ke tak? dah nak pukul 9 dah ni. kata nak jumpa pukul 9."
"memang nak, tapi ayah tu,,,,"
"bangunlah, pegi cakap sana"

Aku bangun dengan mata cinanya. sepet kerana mengantuk. Dan ayah keluar.

"Ayah, pengetua nak jumpa" bicaraku ketakutan.
"Nak jumpa apa, tak payah." marah.
"Tapi dia nak jumpa" takut lagi.
"Kalau nak sangat jumpa, kau pegilah sana sendiri, nah ayah kasi duit, pegi naik teksi"

Astaghfirullahalazim ~ T_T sanggup suruh aku pergi sana sendiri. pipiku disapa air mata di pagi yang sangat hening itu. Tak sangka semuanya jadi begini.

Aku berlalu ke bilik, tutup muka guna cadar. cadarku pula yang basah dengan air mata. Dengan takdir Allah, hujan turun pagi tu jugak. Tau saja aku tengah nangis. Tiba tiba tingkap ku diketuk oleh mak dari luar. punyalah hujan masa tu, bole pula ketuk tingkap. Tapi mak nak sampaikan sesuatu yang buat aku terharu,

"Rini, kalau ayah kau taknak pegi, jom pegi dengan mak, tapi mak balik tengahari, cakap dengan ustazah kita datang lewat sikit, mak tinggalkan telefon mak, kau takde kredit kan? guna fon mak ya. Mak bukan taknak tolong, mak dah cuba cakap dengan ayah tadi, tapi mak kena marah balik, ayah kau tetap taknak. nanti pegi dengan mak saja ya."

Allah, Allah. dalam suasana hujan kat luar tu, mak dengan berpayungnya tertunduk tunduk bicara dengan aku, menenangkan hati aku. T_T Tanpa bicara sepatah pun, aku terus berlalu tinggalkan mak saat itu dan terus ke ruang tamu. bukan berniat apa. aku terlalu sebak, takbole tengok muka mak yang sangat tenang tika itu. Allah Allah T_T

Dengan takdir Allah aku ke sana. Ustazah banyak cerita tentang aku aku dan aku. puji lagi lagi dan lagi dan lagi. Sampai ada part semua menangis dengan kisah seorang budak yang miskin, tak mampu macam keluarga aku. tapi sebab mak ayah dan dia sendiri nak belajar agama, dia sanggup lalui kehidupan di ma'had yang perit. Kisahnya begini.

Seorang hafizah perempuan sebaya dengan aku 15 tahun. ada 7 adik beradik. ibunya tak kerja. ayahnya kerja kilang. gaji 1400. perbelanjaan dia sebulan hanya diberi 10 ringgit sahaja. makanan di sana breakfast kena beli , yang lain disediakan. Bila nak sarapan, dia tak guna duit dia, dia kumpul. nak dapatkan sarapan, dia minta ihsan kawan2, pegi bertempek kat talam kawan, minta sikit. air pula ustazah cakap kalau sapa yang sanggup cedokkan air utk kawan2 setiap pagi, dapat air free. dia pun bangun awal pagi, cepat2 bersiap dan pegi kantin cedokkan air utk kawan2 demi nak dapatkan air free. Allah Allah T_T dan duit yang diberi ayahnya 10 ringgit setiap bulan tu, dai kumpul entah macam mana, hasil dari duit yang dia kumpul, dia belikan mak dia tudung labuh dan niqab beri pada mak dia T___________T mak dia dulu yg pakai tudung biasa je, sampai sekarang Alhamdulillah dah pakai tudung labuh dan niqab.. Allah Allah berkat anak.

Aku dengan mak nangis lepas dengar cerita ustazah T_T

"puan kira sangat bertuah sebab ada Azrin yang minat dalam agama, bersungguh nak belajar agama tanpa dipaksa. ibubapa sebok hantar anak berderet-deret nak belajar agama padahal anak mati-matian menolak. Puan dah kira bersyukur, tinggal nak berkorban sikit lagi untuk pelajaran Azrin. Ini pelaburan akhirat, Ingat ya puan, apa yang puan buat untuk Azrin sekarang adalah untuk pelaburan puan di akhirat."

Bayaran yuuran asrama 370 setiap bulan. mak kata mak tak mampu, ustazah kasi kelonggaran untuk bayar berapa yg mak mampu. mak cakap rm200. tapi ustazah rasa terlalu sikit, ustazah suruh mak bayar 270, yang lagi 100 ustazah akan cari org yang nak sponser aku untuk belajar di sana. mungkin jadikan aku anak angkat seseorang, aku berkhidmat utk ibubapa angkat aku nanti. kalau aku bagus dalam pelajaran, makin ramai yg akan sponser.

Aku pening fikirkan semuanya. mak pun sama. Tiba-tiba Allah takdirkan aku dan mak didatangi oleh seorang hamba Allah ni, dia lata dia sanggup berbahagi dengan mak. 370 tu dia suruh mak bayar 150 tiap bulan, yang lagi 220 tu dia akan bayarkan untuk sepanjang tahun ni. maknanya dalam setahun mak kena bayar 1800. hamba Allah tu pula sebanyak 2640. banyak kot! Masha Allah.

Allah hantarkan bantuan untuk aku tanpa diduga, adakah ini petunjuk supaya aku memilih ma'had?

Terdiam. taktahu nak fikir apa. Inilah jalan takdirku. perjalanan tanpa noktah. Penuh tanda tanya.


Friday, 23 November 2012

Tenang bercampur Duka.




Saat aku terkapai-kapai mencari sekolah tahfiz yang bole aku capai syahadah di sana, saat itu aku mati akal. bagaimana caranya nak memenuhi impian ayah?
"kau takbole masuk sekolah yang tinggalkan akademik dan tak ada SPM."
Maka pencarian bermula, saat aku hampir berputus asa dari usaha mencari, tiba-tiba Allah temukan aku dengan sebuah sekolah ma'had di screen laptopku. Alhamdulillah petunjuk! Setelah dihubungi, pihak ma'had menetapkan tarikh temuduga dan memintaku untuk hadir bersama ayah dan ibu. yeah. ayah ibu juga perlu ditemuduga. :3 Setelah beritahu ayah, macam biasa,
"kau ni takbole ke belajar kat smk biasa kau sekarang? apesal nak ubah-ubah sekolah? kau ingat ayah ni banyak sangat duit nak bayar sekolah swasta yang kau nak ni? lagi satu, abang kau dah ma'had, kau takpayah la ikut macam abang kau. korang kena amek bidang lain-lain. takkanlah nak kena sama. kau macam mampu sangat nak bawa akademik dan agama sekaligus dalam satu sekolah? takpayah!"
Tengkingan ayah disambut oleh deraian air mata. Taktahu nak fikir apa. Berlari ke bilik. Bertanya pada diri dengan tangisan.
"Apa salah aku nak jadi seorang hafizah? Salah juga aku belajar bidang yang sama macam abang? Salah lagi bila aku nak beri syafaat pada ibu ayah di akhirat? Salah sangat bila aku nak jadi perempuan kebanggaan rasulullah? Terlalu salah ke bila aku terus berjuang dalam agama Allah?" aku terduduk. serabut. air mata umpama sudah membasahi setiap ruang bajuku. Pada hari temuduga, Allah takdirkan aku dan ayah untuk pergi ke ma'had. Alhamdulillah. Sau hari yang sangat sedih buat budak macam aku. Sempat juga sesat , pening cari jalan,tak jumpa-jumpa. sepanjang dalam kereta pula, ayah dan aku tak bertegur, marah sangat nampaknya ayah. Akhirnya sampai, Alhamdulillah. sesampainya di sana, kena duduk tunggu turn. Setelah tunggu, sampailah turn kami. dan...
asatizah : adik umur berapa?
az : 15.
asatizah : oh 15. kenapa ye nak tukar sekolah? dari sekolah mana ni?(sambil pandang ayah)
ayah : mana saya tahu, tanyalah dia. (paling dinding)
az : (tunduk) dari smk. kenapa nak tukar? sebab nak belajar agama. sekolah lama takcukup.
asatizah : oh (sengih) bukan apa azrini, cuma azrini tak ada asas bahasa arab dari sekolah lama, kalau azrini masuk sini, azrini kena ulang dari bawah , maksudnya kena turun tingkatan. kita akan turunkan azrini pada tingkatan 2, kami akan adakan ujian, kalau azrini gagal, tu pun kalau sanggup kena turun semula pada tingkatan 1. boleh tu boleh saja, cuma masalah jugak, dengan faktor umur tu pula kan. so macam mana?
az : (terfikir sejenak, takkan takde cara lain) kalau dah takde asas arab, takpelah, biarkan saya turun tingkatan.
ayah : kau nak turun tingkatan? berapa lama nak habis belajar kalau gitu? (muka marah) takpayah la! habiskan je kat sekolah lama. (pandang dinding)
asatizah : (terpaku, terkejut dengan sikap ayah yang sangat melarang aku) dia minat agama.
ayah : minat pun kan bole dia sambung lepas habis spm, ada duit pegilah belajar sendiri.
az : (nak redakan keadaan) boleh amek ujian dulu?
ayah : (muka marah)
az : ala ayah, cuma ujian, belum diterima. diorang akan terima atau tolak rini lepas tengok kertas ujian nanti.
asatizah : minta encik isi borang ni dulu (hulur borang pada ayah)
ayah : (taknak isi) rini, kau isilah.
az : eh ni borang ibubapa, ayah lah yang kena isi. (tak terkeluar suara)
ayah : kau isi jela! (marah)
bila semua dah selesai.
asatizah : kamu bole ikut abang ni utk pegi ke bilik ujian. encik bole tunggu kat surau atau kat kantin sepanjang temuduga dijalankan.
ayah : berapa lama kena tunggu?
asatizah : dalam 2 jam.
ayah : 2 jam?! saya nak kena gi kerja!
az : (faham) tak apa, ayah pegilah. tinggalkan rini kat sini. nanti datanglah ambik.
ayah : (setelah saya salam, terus berlalu pergi)

Maka tinggallah aku sendirian menghadapi segala rintangan. dengan orang sekeliling yang tidak dikenali. setelah selesai ketiga-tiga ujian, aku turun untuk menunggu ayah. tiba-tiba telefonku terima satu mesej.

"kalau dah siap , text ayah" received.
"sudah" sent.

Tunggu lama juga. sampai zohor. panggilan masuk.

"cepat turun, ayah ada kat bawah"

Aku bergegas turun. dengan takdir Allah, hujan turun, lebat juga. Aku terpaksa redah hujan untuk masuk ke dalam kereta. Mujahadahnya. T_T

Entah kenapa, masuk je dalam kereta, melihat hujan yang membasahi bumi gombak ketika itu, air mataku menitis. terasa sangat perit pada hari itu. Sudahlah ayah marah-marah aku depan asatizah, suruh isi borang taknak, masa aku ujian aku ditinggal, nak masuk kereta kena redah hujan. Allahurobbi. T_T

Sempat pula aku berjanji untuk tidak kembali menjejakkan kaki ke situ lagi, sangat memalukan. T_T Menunggu keputusan. terima atau tidak. Serah pada Allah, dah taktahu nak berharap apa.


Thursday, 24 May 2012

     
MENCARI JATI DIRI

maths, maths, maths argghhhh. aku takbole. sungguh kalau aku diberi pilihan, aku akan lebih memilih duduk di rumah dan mempelajari ilmu agama daripada memegang kalkulator dan memicit punat nombor. taksuka! suatu ketika...

                                            "mak, rini ingat lepas PMR, nak masuk madrasah"
                                                                         "kat mana?"
    "masih mencari"
                                                             "kau dah tanya ayah kau?"
                                                                           "belum"
                          "rini, mak tak kesah kau nak belajar kat mana pun, tapi mak bukan ketua keluarga"

arghh, balik-balik jawapan sama je. aku bukan taknak tanya ayah, tapi belum tiba masa yg sesuai. aku dah penat dah pilih ilmu dunia, aku nak jugak ilmu akhirat. tak cukup lagi ke dulu mak dengan ayah pernah halang aku belajar di asrama agama? cukuplah. aku pun ada hak. tak kira, aku akan perjuangkan jugak utk capai ilmu Allah.

=======================================================

NIQABIS?




ya, aku belum istiqamah dalam berniqab. mcm mana? sekolah mane kasi pakai niqab. keluarga pun tak sepenuhnya terima. satu lagi bende baik aku tak berkesempatan utk istiqamah. :( dan... kawan-kawan aku suka tanya, kenapa aku berniqab? seolah-olah mempersendakan. T_T ah, aku peduli apa, Allah punya pasal, kau sape nak goyahkan niat aku. but somehow.....yeah. aku lemah. T_T aku rase seolah olah dunia ni tiada ruang utk aku.  la tahzan azrini, la tahzan!!!

========================================================

DIA TEMPATKU MENGADU



Allah itu tuhanku dan Muhammad itu rasulku. ya, bukan azrini namanya jika dia sedikit pun tidak tertarik dengan ilmu agama. bila aku terlepas satu je majlis ilmu, apelagi yg aku bole buat? menangis, menangis, menangis T_T aku rasa berdosa,berdosa yg amat. tapi apa yg mampu aku buat, lututku jatuh ke tanah, tanganku tertadah, ya Allah sampai bila aku harus terkejar-kejar dengan ilmumu kesana dan kemari tanpa tujuan yg jelas? sampai bila aku herus keluar rumah sejauhnya utk menggapai  ilmumu tanpa imam yg jelas? sampai bila aku harus menolak ilmumu apabila berhadapan dengan musuh-musuh yg memerangi ilmumu? tidak ya Allah, tidak....dtglah segala mcm musibah, agamamu takkan pernah aku tinggalkan. datanglah penentang sehebat mana melontarkan hujah-hujah palsu ilmu agamamu akan ku genggam erat. jadi engkau perkuatkanlah niatku utk mempelajari ilmu agamamu dengan imam yg jelas dan bukakan pintu hati ibubapaku utk mengizinkan aku pergi mengejar ilmu agamamu. T___T cukup, esakan aku semakin kuat, aku lemah, sungguh tak kuat. usap hatiku usap... "sobran, sobran" . kemudian kembali tenang.

=====================================================

AKU LEBIH MEMILIH YANG ESA



Ayah pulang dengan gembira sekali, ayah dah beli teksi baru, Alhamdulillah dapat kerja tetap sebagai driver teksi. malam tu ayah buat kenduri siket sebagai tanda syukur. malam tu jugak la... kringggggg! telefonku berdering dan.....

"hello, assalamualaikum"
"wa'alaikumussalam, malam ni mak njang nak pegi damansara damai ade kuliah ustaz ape ni nama dia entahla, kau siap-siap la, mak njang tunggu kat depan surau, cepat tau"

yess! aku teruja! inilah masanya, detik hatiku. aku terus bersiap-siap dan setelah itu....

"rini kau nak kemana?"
"kuliah kat damai"
"takpayah pegi"
"tapi kenapa?"
"kau takpayah sebok-sebok nk ikut org pegi kuliah sane sini, kau tu kecik lagi, ni utk org besar-besar je"

aku terus berlari ke bilik dan aku menangis semahu-mahunya. aku duduk di birai katil. aku hanya minta izin utk pegi menghadiri majlis kuliah, bukan mintk pegi shopping, berfoya-foya tanpa arah tujuan, kenapa mesti tak izinkan? esak, esak dan esak ... aku mengambil telefon dan menaip...

"mak njang, ayah tak kasi pegi, maafkan saya"

message sent.

namun aku tak putus asa, aku keluar utk mencari ketenangan, aku pergi ke surau. namun di surau aku menangis, menangis dan menangis. aku malu, aku berlalu ke bilik wudu', aku masih menangis.

"dahlah tu, kau kene kuat"
"aku tak kuat"
"aku pun penah lalui, cuma masalah kita berbeza"
"kau tak berada di tempatku"
"tapi kesakitan kau, aku rasakan"
"tak, hanya Allah yg tau apa seorg budak ni rasa apabila dia dihalang utk berada dalam jemaah yg mendengarkan ilmu"
"tapi...."
"cukup"

pulangnya dari surau aku terus ke bilik, walaupun ada saudara-maraku di luar, tu pun diorang dah nak balik. lepas diorang balik, doooommmm!!!!! masya Allah, ayah tolak pintu bilik dengan kuat sekali. aku tersentak~ lalu, apakah lagi yg akan terjadi?

"kau pegi mana?"
"surau"
"kenapa kau tinggalkan saudara-mara kau dan lebih memilih surau?"

SEBAB AKU INGIN MENCARI KETENANGAN SAAT HATI INI TERPUKUL DENGAN UCAPAN YANG KELUAR DARI MULUT AYAH DAN JIKA AKU DIBERI PILIHAN KELUARGA ATAU RUMAH ALLAH, TANPA BERFIKIR PANJANG, AKU AKAN LEBIH MEMILIH BAITULLAH!!! :'( namun aku hanya mampu jawab di hati sahaja. mana mungkin aku berani melawan ayah mcm tu, yg aku mampu hanya membelakangi ayah dan menangis, dan menangis, dan menangis lagi dan lagi. T____T

"mulai sekarang kau jangan pegi mana-mana kuliah lagi"
"kenapa benda baik ayah selalu halang?"
"memang la benda baik, tapi ayah tak suka sampai kau ketepikan keluarga"

aku? masih menangis.. jadi lepas ni aku takbole hadiri mana-mana majlis kuliah? tidak...aku tak sanggup...aku sangat merindukan ilmu Allah. sangat-sangat, apakah salahku sehingga takbole mendengarkan ilmu-ilmu Allah yg disampaikan dari mulut-mulut org yg berilmu. T_____T aku rindukan ilmu Allah dan rasulnya, sangat rindukannya.......

Saturday, 11 February 2012

Assalamualaikum~

indahnya merah ibarat bunga
walaupun indah waspadalah di hati
setitik air matamu sungguh berharga
la tahzan wahai muslimah sejati!

SEMUANYA BERMULA



Laungan namaku diseru dengan kuat sekali . aku tersentak . apakah itu namaku yang dipanggil ? lalu aku gagahkan diri untuk bangun menuju ke pentas . ya , itu namaku . aku segera naik ke pentas dan menerima hadiah . Alhamdulillah sungguh ku tak percaya aku telah pun memenangi pertandingan tilawah alquran di tempat kedua . aku pulang dengan perasaan yg penuh gembira lalu aku terus menemui ibu ayah ku . aku sangat teruja hendak menunjukkan hadiahku pada mereka . mereka turut gembira . waktu itu aku berumur 10 tahun . aku tidak faham mengapa aku sangat gembira apabila memenangi pertandingan itu . padahal aku sama sekali tidak minat tentang hal yang berkaitan agama . aku juga tidak tahu mengapa aku teringin sangat nak turut serta pertandingan itu . dan aku sama sekali tak sangka aku boleh menang . sejak dari itu aku dipilih oleh ustaz untuk turut serta dalam pertandingan tilawah alquran peringkat daerah . walaupun kalah , aku rasa seronok sangat sebab mempunyai pengalaman sebegitu .

APABILA DURI TERTUSUK KE DAGING

masa semakin berlalu ~ satu masa ketika di kelasku tiada guru , tiba-tiba datang seorang ustaz yang pernah mengajar aku tilawah alquran lalu menjerit . kami tersentak . keadaan menjadi sunyi~
"siapa yang tak pakai tudung berdiri"
aku sedikit terkejut dengan arahan ustaz . tapi ditabahkan juga hati aku lalu aku bangun dan berdiri di tepi kerusi ku . terdapat juga beberapa rakan ku yang turut berdiri kerana tidak memakai tudung . ustaz memarahi kami yang sedang berdiri seorang demi seorang . apabila tiba giliranku , bebola mata ustaz tepat memandang ke mataku . lama~ .
"azrini , kamu pun? kononnye kamu ni peserta tilawah alquran peringkat daerah . tapi kamu sendiri pun tak pakai tudung! mcm mane nak bagi contoh kat kawan-kawan kalau kamu macam ni ?"
Astaghfirullahalazim ...MALU .. ya , malu , malu sangat ketika itu . umpama duri yang telah menusuk ke dagingku .terasa sangat pedih dengan kata-kata ustaz itu . air mataku umpama mendesak aku mengeluarkannya dari mataku . tidak! tidak mungkin aku menangis di hadapan rakan-rakanku . tidak mungkin .

NUR ITU CAHAYA

sejak kejadian itu aku merasa tercabar untuk memenuhi keinginan ustazku , iaitu menutup aurat . ya , aku nekad untuk berusaha menutup aurat . tapi aku tak tau mcm mana ?? siapa yg akan ajar aku ?? selama ini ibu bapa ku tak pernah ajarkan aku tentang aurat . bagaimana mungkin aku akan memulakannya jika aku sendiri tidak tau bagaimana caranya . lalu aku memutuskan untuk memulakannya dengan tudung . tudung ? apa itu tudung ? oh..tudung adalah kain yang dicipta untuk menutup rambut . tu je fungsinya ? ahh , lantaklah ..aku bermonolog . aku bergerak pantas lalu mencapai satu tudung dan keluar . pakai simple je . baju lengan pendek , seluar trek and tudung biasa . sungguh jahilnya aku ketika itu . Allah .. setelah aku terbiasa , aku mulakan pula dengan memakai baju lengan panjang dan nekad tidak mahu lagi memakai baju lengan pendek .

HIDAYAH

   

perubahan pada diriku semakin  berkembang . aku sering menghadiri mjlis-majlis kuliah . dan aku sangat suka mendengar kuliah tentang AURAT . aku semakin mengenali apa itu AURAT . subhanallah .. wanita itu cantik jika menutup auratnya . mengapa aku tidak pernah diajarkan oleh keluarga tentang aurat ? apa kerana mereka juga tidak mengamalkannya ? atau mereka sama sekali tidak tahu menahu tentang aurat ? Allahuakbar..aku tidak tahu ingin berprasangka bagaimana lagi .

semakin lama aku semakin berubah . aku sudahpun mulai pemakaian dengan warna gelap .. jubah hitam adalah jubah kesukaan aku . aku mula selesakan diri dengan berjubah , berstokin dan berselipar bertutup . selama ini aku cuma dapat melihat saje orang lain memakai pakaian seperti itu , tapi kini aku sendiri dapat memakainya .. benar sungguh indah menutup aurat itu .

CERMIN YANG PECAH

                                                                   

semakin hari umurku semakin meningkat .. UPSR pun sudah berlalu .. perubahan pada diriku mengundang ketidakselesaan pada keluargaku . mereka sering merungut tentangku . aku tidak mengerti apa sebenarnye kesalahanku . satu ketika ..
"rini , nah pakai baju ni "
"taknak laa mak , baju ni kecik laa"
"kecik apenye ? mcm lah kau tu besar sangat "
"bukan mcm tu , kalau baju tu kecik , senang nak nampak tubuh badan "
"dah2 .. kau nak pakai ke taknak ni? kalau taknak mak bagi org lain je , takpayah banyak cakap"
"taknak mak"
"susah laa kau ni, semua baju kau taknak , habistu kau nak baju apa ?"
"baju yg menutup aurat"
"baju yg mak bagi tu pun tutup aurat apa , lengan panjangkan ?"
"ye mak , tapi tak cukup dengan lengan panjang je , kalau bole rini nak yang labuh sampai ke lutut ."
"mengada ngada laa kau ni"

cuma sepasang baju sahaja kami sampai berdebat mcm tu . adakah aku telah mengguriskan hati ibuku dengan menolak pemberiannya ? aku cuma tidak mahu memakai pakaian itu kerana baju itu boleh menyebabkan terdedahnya auratku jika aku memakainya . kerana itulah aku menolak . kenapa ibuku tidak memahamiku ? ya Allah sungguh tidak terkata sedihnya aku ketika itu ..

HINAKAH AKU ?

 

sepanjang umurku 13-15 tahun~ketika aku berada bersama saudara-saudaraku . aku sungguh damai dengan gelak ketawa mereka yang mengundang keceriaanku . tapi aku terkedu apabila pakcik ku menegurku secara tiba-tiba .
"amboi rini , pakai baju dah mcm alim sangat "
lalu ibuku membalasnya "dia itu memang , nak jadi ustazah laa katekan"
di dalam hatiku tidak putus putus menyebut kalimah Astaghfirullahalazim ... aku hanya mampu membawa mukaku memandang ke tanah ..
"rini ni mcm taksub sangat je . nak tutup aurat tu memang lah bole , ni sampai berstokin semua ni mcm lebih lebih lah rini , biase biase saje sudah lah"
"kaki tidak terkecuali daripada aurat" jawabku terketar ketar ..
"yeke ni? tak pernah dengar pun" lalu datang pakcik dan makcik ku yang lain lalu menyokong kata pakcik ku yang seorang ni . ibu bapaku hanya diam membisu . aku pula senyap membatu seperti patung di mana dalam hatiku seperti telah disiat siat dagingku sehingga hancur lebur ..sangat pedih! akhirnya aku tewas !
setibanya di rumah aku terus berlari menuju ke bilik lalu menghempaskan pintu sekuatnya dan aku sudah benar2 tidak berdaya .. aku terduduk di tilam dan aku menjatuhkan mukaku ke tilam ... aku menangis semahu mahunya ... sehinggakan muka aku bengkak .. sungguh banyak air mataku ketika itu . aku bergerak menuju ke meja alquran .. aku menatapnya .. sekali lagi air mataku mengalir laju ..
"ya Allah apa salahku ? salahkah aku ingin berubah ? salahkah aku ingin memenuhi syarat-syarat wanita muslimah ? kenapa aku diuji sampai sebegini rupa ? mengapa tiada yg datang utk menyokongku ? salah kah aku ya Allah?!!" setelah  itu aku sungguh tidak terdaya , aku jatuh terduduk di tanah , aku memeluk erat lututku .. terasa tidak mampu memandang alquran di kala itu . ingin saje aku membawa alquran ke dalam pelukanku .. tapi aku sungguh tidak terdaya ..

APA ITU MUSLIMAH ?

                           

aku tidak tahu mengapa , semua kejadian yg telah menimpa diriku sebenarnye memberi semangat padaku . jadi selama ini yg memberi sokongan padaku adalah masalah ku sendiri . Allahurabbi . Aku lupa Allah sentiasa bersamaku . aku alpha . Allah .. setelah semua kejadian yg menimpa aku , aku juga tidak tahu mengapa ibubapa ku sudah pun redha dengan perubahan diriku . Alhamdulillah , Allah mendengar doaku dan telah pun membuka pintu hati ibubapa ku . sungguh aku ingin sujud syukur menyatakan kesyukuranku padaNYA .. tapi aku merasa tidak cukup . Aku tidak tahu mahu membalasnya dengan apa ? sungguh terlalu banyak nikmat yg diberikan oleh Allah kepadaku , walhal aku hanya minta sedikit saja cukup , cukup hanye sedikit . malah Allah memberikan nikmatnya padaku lebih dari cukup ... Alhamdulillah ya Allah ..Allahuakbar .. tidak terucap kata syukurku kerana aku tersangat sangat bersyukur dan terasa sungguh gembira ..sejak dari itu aku cuba istiqamah dalam melakukan ibadahku , aku benar benar menjaga auratku . dan aku janjikan diriku kepada suamiku ..... hanya dia yg layak memiliki aku ...insyaAllah ..

KEMENANGAN



ibubapaku benar-benar meredhaiku ..aku berasa sungguh bersyukur apabila ayahku berkata ...
"kita sepatutnya bersyukur dan menyokong rini . itu hak dia . biarlah dia nak buat apa . kita sepatutnya sokong saja . nasib baik dia macam ni , cuba kalau dia juga diantara perempuan-perempuan yang bersosial entah apa-apa kat luar sana macam tiada didikan . rini dah macam ni pun kita kena redha . jangan cakap apa-apa lagi . cukuplah dengan menyokong dia dari belakang "
Allahurabbi ...jiwaku meronta-ronta untuk mengalirkan air mata ketika itu juga .. sungguh tersentuh hatiku dengan ucapan ikhlas ayahku itu . ya Allah .. namun aku gagahkan diri untuk menahan air mata jernih yang ingin keluar dari mataku . cukuplah dengan rasa syukur dalam diriku .. sungguh nikmat Allah sangat besar .. alhamdulillah ..... alhamdulillah ...alhamdulillah ...



tika aku menghadapi masalah aku terasa ingin menangis dan menjerit
tapi tak mampu untuk aku ungkapkan rasa itu
dugaan yang aku alami sememangnya perit
namun akhirnya kemenangan milikku -------------

duhai wanita muslimah ....

DUNIA ADALAH PERHIASAN , DAN SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..